sukan

Tahap Statistik JDT memang luar jangkaan

Kemenangan besar Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Guangzhou Evergrande (5-0) bekas juara dua kali itu di Stadium Sultan Ibrahim pada aksi sulung JDT dalam Kumpulan I, Liga Juara-juara Asia (ACL).

Ini satu kemenangan yang bergaya di cipta Harimau Selatan walaupun dikhabarkan pasukan dari Tembok Besar China itu menurunkan pemain-pemain muda. Namun, itu bukan alasan untuk JDT mencipta rekod kemenangan besar kerana anak didik Benjamin Mora telah berjaya mengekalkan kualiti permainan mereka.

Ini boleh dilihat sendiri melalui statistik penguasaan bola yang dimiliki Harimau Selatan sepanjang perlawanan, iaitu sebanyak 82% dan hantaran tepat sebanyak 89% selain dari jumlah jaringan yang besar.

Kenapa semua ini boleh berlaku?

Ia disebabkan pemain-pemain Harimau Selatan “FOKUS” dengan objektif mereka pada kejohanan ACL musim ini. Di mana pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ada menyatakan bahawa untuk ACL musim ini Harimau Selatan menyasarkan untuk layak ke pusingan kedua berdasarkan pada persiapan pasukan musim ini.

Itulah intipati kejayaan pasukan JDT malam semalam dimana pemain-pemain mereka terus memberi tumpuan walaupun berhadapan dengan lawan yang lebih muda daripada mereka.

Bagaimana pemain-pemain JDT boleh memberi konsentrasi dan komitmen mereka di atas padang?,Jawapannya adalah sikap dan tanggunjawab mereka pada kelab. Inilah sikap dan pemikiran professional yang telah diterapkan oleh pengurusan JDT terutama Tunku Ismail yang selalu mengingatkan pemain-pemainnya untuk sentiasa memberi aksi yang terbaik demi kelab JDT kerana kejayaan dan kemenangan sahaja yang akan mengekalkan kestabilan dan mengukuhkan kewangan demi masa depan kelab.

sumber :- SA

Dengan didikan itulah yang membuatkan pemain-pemain JDT bertekad bermain bermat!-mat!an sehingga berjaya memenangi perlawanan pertama dengan jaringan yang besar dan dengan jaringan yang besar itu juga pasti akan memberi sedikit kelebihan pada Harimau Selatan jika pesaing mereka dalam Kumpulan I gagal mecetak jaringan yang besar ketika berhadapan Guangzhou Evergrande nanti.