Semasa

TMJ tawar khidmat peguamnya secara percuma

Kes pend3raan remaja orang kurang upaya (OKU) sindr0m down yang dikenali sebagai Bella terus mendapat perhatian.

Terbaharu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.

Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes pend3raan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di M@hkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pend@kwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di sosial media pada Sabtu.

Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pend@kwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Tawaran tersebut susulan isteri beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dilapor sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

sumber:- SH

Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja OKU itu.