sukan

Sang Kenari garang Bertemu Harimau Kumbang

GEORGETOWN: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengubati duka dibel4sah Selangor minggu lalu apabila bangkit menewaskan jiran, Penang FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Skuad Sang Kenari bagaimanapun bermula g4rang dengan melakukan beberapa percubaan antaranya menerusi peny3rang, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-11.

Namun, percubaan pemain berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang itu yang cuba mencetak gol melalui tandukan sekadar tersasar melepasi gawang gol lawan.

Di sebalik ser4ngan Kedah, Penang bagaimanapun berada di depan terlebih dahulu apabila Hilal Alhelwee Bassam menggeg4r g4wang pelawat pada minit ke-16.

Penang FC yang masih tercari-cari tiga mata penuh pertama selepas mengharungi empat perlawanan pada musim ini mula kelihatan lebih agr3sif dan bersemangat selepas jaringan gol pertama itu dengan sorakan 5,330 penonton menghangatkan Stadium Bandaraya yang mula dibasahi hujan renyai-renyai.

Kapten skuad Harimau Kumbang, Endrick Dos Santos kemudian berpeluang mengukuhkan kedudukan tetapi sepakan penaltinya pada minit ke-31 sekadar mengenai palang gol.

SUMBER:BH

Kegagalan Dos Santos itu menyaksikan Kedah bangkit pada babak kedua perlawanan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ronald Ngah Wanja pada minit ke-62.

Tiga minit kemudian dia sekali lagi menemui gawang sekali gus membantu Sang Kenari membawa pulang tiga mata berharga.