sukan

TFC perlu proaktif untuk masa terdekat ini

KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) sedang mengharungi detik membimbangkan selepas berdepan pr0spek untuk mencatat permulaan musim yang terbvruk sejak naik ke Liga Super pada musim 2018.

Sebelum ini, permulaan terbvruk skuad Penyu pada musim 2019 yang menyaksikan ia mengutip dua mata dalam tiga aksi pertama dan keciciran mata di awal musim yang jelas memberi kesan kepada mereka apabila menamatkan saingan di tangga ketujuh pada musim itu.

Selepas menamatkan dua perlawanan tanpa sebarang mata, musim 2022 mampu menjadi igauan ngeri buat anak buah Nafuzi Zain itu sekiranya g4gal untuk meraih kemenangan pada perlawanan ketiga berdepan Sarawak United, malam ini.

Justeru, bagi aksi yang boleh dilabel sebagai perhitungan pasukan tercorot ini, TFC perlu kembali ke landasan supaya tidak ketinggalan jauh dengan beberapa penc4bar lain yang dilihat sudah mula menjarakkan diri dalam kelomp0k atasan liga.Jika mereka tidak berjaya menang ke atas pendatang baharu Liga Super itu, secara rasminya ia bakal menjadi permulaan musim paling bvruk buat mereka dan mungkin ini adalah titik permulaan kepada kemampuan mereka untuk menc4bar kejuaraan liga musim ini.

Kalau mereka yang merangkul sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan pada musim lalu pun masih belum cukup untuk menc4bar kejuaraan liga, bayangkan jika TFC masih kosong selepas tiga perlawanan?

Namun berdasarkan kekuatan pemain, TFC seharusnya tidak berdepan mas4lah untuk menundukkan skuad The Crocs yang ketika ini turut berdepan prestasi terumbang ambing. Namun mereka mengutip lebih satu mata berbanding TFC ketika ini.

Cuma soal kekuatan di atas kertas memang perlu ditinggalkan di atas kertas kerana ia tidak menjanjikan apa apa. Sebab itulah PJ City FC yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan mampu mengejutkan TFC 3-0 pada aksi pertama sebelum ini.

Dua kekalahan pertama di tangan PJ City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti membuka mata Nafuzi bagi merangka percaturan lebih mantap kerana sayang sekiranya peluang menew4skan ‘lubuk mata’ disi4 si4kan.

Sementara itu, bagi aksi tetangga utara, Penang FC yang menjadi ‘pakar seri’ selepas tiga kali berturut-turut berkongsi mata perlu bersedia dengan ‘amukan’ Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas maruah pasukan itu dicalarkan Selangor FC (SFC) 4-1 di Petaling Jaya minggu lalu.

Namun, barang yang lepas usah dikenang dan anak buah Aidil Sharin Sahak itu perlu memandang ke depan kerana ada tiga mata yang boleh direbut di Stadium Bandaraya.

Pengajaran paling berguna yang dihadiahkan SFC kepada Kedah adalah pasukan terkontang k4nting pun ada ‘bis4 yang tersendiri. Justeru Sang Kenari tetap perlu berh4ti h4ti dengan skuad Harimau Kumbang.

Selepas menghadiahkan kemenangan pertama buat The Red Giants pada musim ini, sudah pasti Kedah tidak mahu memberikan kemenangan sulung yang masih lagi dicari-cari oleh Penang pada malam ini.

Mungkin ada percaturan berbeza daripada Aidil selepas peny3rang harapan mereka, Ronald Ngah, tidak menyerlah ketika berdepan Selangor kerana pemain tempatan Kedah pun tidak kurang hebatnya.

SUMBER: BH

Apapun, berdepan skuad Sang Kenari yang menjadi antara pencabar terkuat musim ini, mungkin keputusan seri pada kali ini mampu menggembirakan pengendali Penang, Tomas Trucha.