sukan Syok Woo Baca

Ronald Ngah Wanja umpama messi KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC bangkit menewaskan pasukan jiran, Penang FC 2-1 pada aksi kelima Liga Super selepas ketinggalan pada separuh masa pertama di Stadium Bandaraya pada Ahad.Sang Kenari yang turun dengan misi tiga mata terlebih dahulu hampir berada di hadapan seawal minit ke-2 menerusi sepakan percuma peny3rangnya, Syafiq Ahmad namun percubaannya sekadar singgah di palang pasukan tuan rumah.

Ronald Ngah Wanja kemudiannya menanduk bola ke gawang lawan namun dinafikan oleh penjaga gol Harimau Kumbang, Khatul Anuar Md Jalil yang telah bersedia lebih awal.Tuan rumah yang berjaya mengimbangi corak permainan pantas KDA FC akhirnya terlebih dahulu berada di hadapan 1-0 menerusi Hilal Al-Helwe pada minit ke-16 selepas memanfaatkan lor0ngan yang dilakukan oleh Saravanan.

Tersentak jaringan tersebut, pelawat kembali menyusun perlawanan lebih pantas dan hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi percubaan Al Hafiz Harun pada minit ke-24 namun ditepis keluar oleh Khatul Anuar.

KDA FC meningkatkan tempo ser4ngan pada separuh masa kedua untuk membvru gol penyamaan dan Ngah Wanja melakukan t4ndukan pada minit ke-54 namun tepat dit4ngkap oleh penjaga gol tuan rumah.

Pemain import Cameroon itu kemudian melakukan satu percubaan dan terkena palang gol pada minit ke-60 dan asakan berterusan KDA FC menyaksikan mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas Ngah Wanja dij4tuhkan dalam kotak penalti seminit kemudian oleh pertahanan lawan, Ariff Ar- Rashid.

Ngah Wanja memanfaatkan sebaik mungkin peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-62.Empat minit kemudian, Sang Kenari berjaya berada di hadapan 2-1 hasil ser4ngan b4las dan Ngah Wanja sekali kali membuktikan dirinya peny3rang berkualiti dengan menjaringkan gol tersebut selepas menerima hantaran Fazrul Danel Mohd Nizam.

Penang FC cuba bangkit pada minit-minit akhir menerusi percubaan Syamim Baharuddin pada minit ke-90 namun sekadar menggegarkan pal4ng pasukan pelawat.

sumber:sh

Kemenangan tersebut menyaksikan KDA FC mer4mpas kembali kedudukan nombor dua Liga Super 2022 dari Sabah FC dengan mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan.