sukan Syok Woo Baca

Taktik4l ini Aidil gunakan menjadi

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC Aidil Sharin Sahak menyifatkan kejayaan menundukkan pasukan Penang FC, 2-1 di Stadium Bandaraya malam tadi begitu bermakna buat dirinya dan pasukan.

Beliau berkata momentum kemenangan sudah terasa seawal babak pertama perlawanan dan anak buahnya mend0minasi permainan dengan begitu baik ditambah pula banyak peluang terbuka untuk skuad Sang Kenari mencetak gol.

Syukur Alhamdulillah. Penyokong di belakang kami. Masuk masa kedua, kami kembali dengan lebih kuat dan pemain menunjukkan mereka sangat-sangat mahukan kemenangan. Tahniah kepada mereka yang bekerja keras.

“Saya sangat gembira dengan persembahan mereka. Cara mereka bermain. Cara mereka kembali. Ya mereka ada buat silap tetapi mereka tidak putus asa,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tamat, malam tadi.

Memilih formasi 4-4-2 formasi dengan menurunkan penyerang, Wanja Ronald Ngah dan Muhammad Syafiq Ahad sebagai penggempur utama KDA FC, percaturan Aidil Sharin memasukkan pemain tengah Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam untuk menggantikan Muhammad Khairu Azrin Khazali pada babak akhir perlawanan dilihat berhasil menyekat kemaraan skuad Harimau Kumbang.

“Saya melihat perlu ada perubahan taktikal dan harus meletakkan seseorang yang ada banyak tenaga di tengah untuk ‘menutup’ pemain bernombor 14 (Endrick Dos Santos Parafita). Ia berhasil. Kredit kepada pemain yang mengikut pelan permainan,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Sang Kenari memintas Sabah FC untuk menghuni tangga kedua liga selepas mengharung lima perlawanan di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam pada itu, Aidil Sharin turut merasakan perlawanan derbi utara semalam menawarkan atmosfera yang baik terutamanya apabila peminat dari dari kedua belah pasukan datang beramai-ramai untuk memberi sokongan.

sumber:- HM

Beliau berkata hadir percubaan mengutip tiga mata penuh bukan sesuatu yang mudah apabila berada dalam posisi pemain pelawat apatah lagi selepas kalah besar dalam perlawanan sebelum ini.