sukan Syok Woo Baca

JDT sendiri buat Satu Kejutan

Kejut4n menumbangkan gergasi kelab bola sepak Asia, Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bukan saja mengejutkan peminat tanah air, malah barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) sendiri turut tidak menyangka mampu meraih kemenangan itu.

Dalam aksi kedua Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT berjaya meraih tiga mata penuh dengan melakar kemenangan 2-1 hasil jaringan Fernando Forestieri dan Bergson da Silva, sementara gol saguhati pelawat disumbangkan Um Won-sang.

Keputusan itu sememangnya tidak disangka ketika ramai pemerhati bola sepak benua ini memilih Ulsan Hyundai sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai ACL musim ini seperti mana dilakukan oleh kelab dari Korea Selatan itu pada musim 2020 lalu.

Dua tahun lalu, Ulsan Hyundai berjaya menewaskan kelab Iran, Persepolis 2-1 di perlawanan akhir untuk menjulang kejuaraan kedua selepas memenangi buat pertama kali pada 2012.

Malah, prestasi terkini skuad kendalian Hong Myung-bo dalam Liga Satu Korea selaku pendahulu liga ketika ini menambahkan lagi g3run setiap pasukan lawan yang bakal dit3ntang.

Namun, pemain-pemain skuad Harimau Selatan membuktikan sebaliknya yang mereka juga mempunyai keistimewaan dan kualiti tersendiri untuk mengejutkan kelab terbaik Asia itu.

Antara yang teruja dengan keputusan itu adalah bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi yang menyifatkan kerjasama berpasukan sebagai tunjang kemenangan ke atas lawan itu.

“Alhamdulillah, semangat berpasukan yang tinggi. Malam yang mengujakan,” katanya yang dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) hujung tahun lalu.

Nada sama turut dikongsi pertahanan tengah JDT, Shane Lowry yang beraksi ampuh sepanjang 90 minit permainan itu buat menghampakan jentera s3rangan Ulsan Hyundai yang diketuai striker import, Leonardo dari Brazil.

Jelas bekas pertahanan Leeds United, Sheffield United dan Birmingham City di Liga Perdana Inggeris itu, kemenangan itu dihadiahkan kepada penyokong setia tuan rumah.

“Berjuang, semangat, jiwa, keinginan dan ini adalah mengenainya. Terima kasih kepada semua penyokong yang menyokong kami hingga ke garisan akhir,” kata Lowry yang berasal dari Australia.

sumber:- HM

JDT kini mengumpul enam mata selepas mengharungi dua aksi untuk memimpin Kumpulan I, dan aksi berikutnya dijadual bertemu kelab Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.