Harimau Selatan akan meneruskan saingan dalam Kumpulan I berdepan juara liga Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.
Selain itu, kemenangan JDT ke atas Ulsan Hyundai juga memberikan Malaysia tiga lagi mata di dalam ranking pertandingan kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).Menurut kenyataan di Facebook, JOHOR Southern Tigers yang memetik sumber footyrankings.com, kemenangan itu membolehkan Malaysia naik satu anak tangga ke tempat ke-15.
Malaysia berada di tangga ke-21 sebelum dua kemenangan terbaru JDT.Malaysia kekal di tangga ketujuh Asia Timur tetapi semakin menghampiri Thailand, Vietnam dan China sekali gus penyertaan lebih banyak kelab Malaysia dalam pertandingan AFC pada 2024 semakin hampir.

JDT menyumbang 14 daripada 14.45 mata yang diperoleh Malaysia sejak 2019.
SUMBER: BH
Mata yang dikumpul oleh JDT pada tahun sebelum ini memastikan satu slot automatik ke ACL dan dua slot automatik ke Piala AFC untuk Malaysia pada 2022 dan 2023.