sukan

Mora Akan buat kejutan Lain dari lain, JDT hilang tonggak

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar k3jutan ke atas kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak harus menjadi ukuran sebaliknya akan berdepan tugas rvmit apabila berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Apa tidaknya, pengendali JDT, Benjamin Mora perlu mencari formula lebih ampuh berdepan skuad kendalian Toru Oniki yang kini menghuni tangga teratas Liga 1 Jepun (Liga J1) tapi tetap berusaha sebaik mungkin untuk mencipta kejutan kedua ke atas kelab gergasi Asia.

Mora menegaskan Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale mempunyai persamaan dari sudut struktur taktikal serta corak permainan ketika mereka bertemu pada aksi pembukaan Liga Juara-juara Asia (ACL), Jumaat lalu.

Ini satu lagi aksi sukar buat JDT kerana Kawasaki Frontale alah satu pasukan gergasi Asia yang dibarisi tiga rangkaian import dari Brazil iaitu Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt.

“Oleh itu, JDT perlu memberi aksi terbaik sebaik minit pertama seperti dilakukan pada perlawanan sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Ditanya sama ada akan mengekalkan kesebelasan utama, Mora memberitahu hanya akan membuat keputusan setelah mendapat maklum balas dari aspek kecergasan setiap pemain.

Tambahnya, JDT terpaksa melupakan khidmat Haziq Nadzli yang masih dibelenggu kec3deraan akibat perlanggaran dengan pemain Ulsan Hyundai, Isnin lalu dan belum membuat keputusan sama ada Izham Tarmizi atau Farizal Marlias akan diturunkan.

Sementara itu, pemain pertahanan, Matthew Davies berharap rakan sepasukan dapat mengekalkan momentum kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini untuk berdepan kelab pendahulu Liga Jepun itu.

Mengakui kehandalan Kawasaki Frontale, Davies berharap pasukan tidak patah semangat sebaliknya akan tampil memberi tentangan hebat untuk mencuri mata pada perlawanan itu.

sumber:- HM

“Kami di sini bukanlah sekadar pelengkap jadual sebaliknya untuk bersaing dengan pasukan terbaik Asia dan bukan hanya sekadar bermain bertahan sahaja. Kawasaki Frontale pasukan dinamik dan lincah di bahagian serangan, jadi kami perlu menyaingi kekuatan mereka. Pastinya berdepan tugas sukar mengekang kemaraan trio Brazil pasukan itu,” Davies