Petaling Jaya: Minyak masak tempatan keluaran Sime Darby Oils (SDO), ALIF diumumkan sebagai penaja baharu Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Perjanjian tajaan bersama dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan SDO, Mohd Haris Mohd Arshad yang turut disertai Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.
Menurut Stuart, penyertaan ALIF sebagai minyak masak rasmi adalah suatu yang mengujakan bagi arena bola sepak tempatan, kerana ia membawa mesej yang p0sitif bahawa liga bola sepak tempatan mempunyai tarikan yang tersendiri.
“Kerjasama ALIF dan MFL menandakan satu lagi penyertaan baharu jenama tempatan terkemuka yang menghargai dan menyokong industri bola sepak tempatan sebagai platf0rm yang boleh meningkatkan kesed4ran jenama.Selepas kita bersama-sama mengharungi wab4k C0 vid-19, kami berterima kasih kepada SDO atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.
“MFL akan melakukan yang terbaik untuk menghidupkan pengalaman bola sepak yang hebat bersama Minyak Masak ALIF,” katanya pada sidang media pengumuman itu.
Sementara itu, Haris berkata, sokongan jenama minyak masak itu terhadap sukan terbesar negara adalah wajar supaya kebaikan ALIF, minyak masak yang dihasilkan secara mampan pertama di Malaysia dapat dikongsi dengan lebih ramai pengguna.
“Jenama ALIF mewakili pelbagai ciri terbaik minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara mampan. Kami percaya, lebih ramai peminat bola sepak tempatan akan dapat menghargai kualiti produk minyak masak ALIF, bukan sekadar para peminat wanita yang merupakan segmen pengguna utama kami.
“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia dan menemui penonton bola sepak Malaysia daripada pelbagai golongan,” katanya.
sumber:hmetro
Untuk rekod, Liga Malaysia dianggarkan mempunyai 21 juta para peminat di seluruh Negara (40% daripadanya adalah wanita), 350 perlawanan dalam satu musim, lebih 1.6 juta penonton di stadium, dan lebih 7.5 juta pengikut di media digital.