sukan Syok Woo Baca

Nafuzi dalam dilema

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain dalam dilemma untuk melepaskan pemain utama ke kem latihan skuad bawah 23 tahun ketika pasukannya masih merangkak untuk konsist3n dalam saingan liga.

Bermula dengan dua aksi yang terpaksa ditunda ekoran C0VID-19, kini Nafuzi terpaksa merestui sembilan pemain utama daripada pasukannya untuk berjuang di Sukan SEA Vietnam selama dua minggu.

Perundingan yang sedang berlaku memungkinkan Terengganu menunda dua aksi sebelum sambutan Aidilfitri.

Namun belum ada ketetapan rasmi dinyatakan Brad Maloney.Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, mengakui perbincangan sedang berlangsung untuk membantu skuad Brad Maloney.

Sekali lagi, jadual Liga Malaysia bakal berubah dan beberapa pasukan antaranya Terengganu, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan akan melewati penundaan perlawanan.

Kem latihan skuad B23 negara seolah-olah di pandang sepi di mana pada hari pertama hanya lima pemain lapor diri.

sumber:- SA

Dalam masa sama, dilema jurulatih pasukan terlibat juga tidak boleh dipertikai memandangkan saingan liga tetap berjalan seperti biasa, selain kem latihan kali ini tidak berada dalam jadual kalendar FIFA.