sukan

Rahsia Kejayaan JDT disebalik Gadis ini

Di sebalik kejayaan lelaki, sudah pastinya ada seorang wanita sebagai tulang belakangnya.

Situasi terbabit sebenarnya berlaku membabitkan juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kejayaan kelab terbabit termasuk membelasah Guangzhou FC 5-0, Jumaat lalu, sebelum meneruskan rentak cemerlang mengejutkan Ulsan Hyundaim 2-1, baru-baru dibantu penganalisis pasukan, iaitu Haydee Agras.

Haydee sudah bersama gergasi Harimau Selatan sejak 2019, namun namanya kembali menjadi sebutan baru-baru apabila kelibatnya dilihat ketika sesi latihan kendalian Benjamin Mora.

Walaupun namanya kurang dikenali, dia bukanlah calang-calang penganalisis untuk JDT apabila tugasnya melakukan kajian setiap pasukan membabitkan keupayaan pemain dan taktikal jurulatih.

Boleh dikatakan semua ‘rahsia’ pasukan termasuk kekuatan barisan pemain Liga Super ada dalam poket wanita berkenaan, sekali gus mampu membentangkan setiap maklumat terbabit secara terperinci.

Berdasarkan komen pengguna Twitter dikenali sebagai @syazrulaqram, Agras menonton bola sepak lebih banyak daripada lelaki yang meminati sukan terbabit apabila beliau menyaksikan 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

“Dalam ramai individu menjadi kekuatan JDT, aku tertarik dengan ketua penganalisis JDT iaitu Haydee Agras. Wanita ini bukan sahaja bekerja keras menganalisis prestasi setiap pemain JDT, malah menganalisis lawan yang akan bertemu JDT.

“Berdasarkan portfolio, setiap musim dia menyediakan 300 laporan lengkap perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

“Di JDT, dia antara orang kuat Benjamin Mora dalam memberi nasihat berkaitan statistik bola sepak. Jangan kau main-main dengan wanita ini,” ciapnya.

Menurutnya, bidang data, statistik dan analisis antara tulang belakang dalam pembangunan bola sepak dan memerlukan kemahiran dalam Matematik model dan reka bentuk.

Wanita berusia 38 tahun itu adalah bekas pemain bola sepak futsal wanita untuk kelab Burela dan pernah bekerja untuk sebuah syarikat statistik Rusia, InStat yang menyediakan analisis untuk beberapa kelab besar.

Pada masa sama, beliau menghasilkan analisis prestasi untuk Copa Libertadores, Piala Dunia, Piala Afrika, liga Timur Tengah dan banyak lagi.

sumber:- HM

Haydee mempunyai Ijazah Aktiviti Fizikal dan Sains Sukan daripada UCAM dan memulakan kariernya sebagai pembantu di kelab futsal, ElPozo Murcia FS.