sukan

Pengendali Kawasaki Frontal Sudah akui sendiri

PENGENDALI Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui sorakan dan ‘ngauman’ pemain ke-12 Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menggamatkan suasana di Stadium Sultan Ibrahim mengganggu rentak permainan anak-anak buahnya.

Menurut Oniki, skuad kendalian Benjamin Mora tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengekang kemaraan jente3a ser4ngan yang diperkuatkan tiga pemain Brazil iaitu Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt untuk mencipta jaringan.

Jelasnya, situasi tentu berbeza jika juara Liga 1 Jepun itu mampu menyempurnakan salah satu peluang gol pada babak pertama sebelum pemain JDT lebih banyak bertahan di babak kedua.Kami ada peluang cipta jaringan di babak pertama, tetapi tidak ada satu yang berjaya. Setelah aksi makin berakshir, usaha kami membVru gol kian malap.

“Sudah tentu misi kami memburu tiga mata, namun bermain dengan tek4nan sorakan penyokong di stadium sedikit merencatkan rentak permainan dan mengganggu kons3ntrasi pemain. Sudah lama kami tidak beraksi dalam suasana seperti ini, harap ini dapat diatasi pada perlawanan akan datang,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Pada aksi itu, Leandro dan Barbosa masing-masing gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk mencipta jaringan, sekali gus menyaksikan kelab Jepun itu tidak berdaya memintas JDT dalam Kumpulan I.

Tambah Oniki, dia tidak me­nyangka bahawa wakil tunggal dari Malaysia mempunyai kua­liti dan mampu bersaing dengan anak buahnya selain bermain dengan cukup teratur walaupun diasak berkali-kali.

“Setiap pemain mereka memberikan aksi terbaik dan kental, memberi kesuk4ran kepada kami. Untuk itu, kami perlu me­ningkatkan rentak permainan mengikut acuan t4ktikal dan cara kami, harapnya ia membantu kami beraksi dengan lebih baik,” katanya.

SUMBER:KOSMO

Ditanya mengenai pemain import Thailand, Chanathip Songkrasin yang tidak disenaraikan, Oniki memberitahu, pemain itu terpaksa direhatkan setelah ­beraksi 90 minit ketika membantu pasukan membel4sah Guangzhou FC 8-0, Isnin lalu.