sukan

Aura Amri Bantu Sabah FC

KUALA LUMPUR – Peny3rang berpengalaman Sabah FC, Mohd. Amri Yahyah berada dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik membelas4h Kedah Darul Aman FC 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Amri membuktikan usia 41 tahun tidak mengh4langnya untuk mempamerkan penyudah berkualiti dengan menjaringkan tiga gol bermula minit ke-51, 61 dan 71 untuk memastikan Sabah kembali ke landasan kemenangan.

Dalam aksi itu, Sabah yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee melancarkan ser4ngan bertali arus ke arah gawang skuad Helang Merah sejak dari 45 minit separuh masa pertama.

Mohd. Ifwat Akmal Chek Kassim cemerlang menafikan setiap percubaan Sabah tetapi malangnya penjaga gol Kedah itu tidak dapat meneruskan aksi babak kedua kerana keced3raan dan digantikan oleh Muhammad Ilham Amirullah Razali.

SADDIL Ramdani cuba melencongkan bola melepasi benteng Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi. – KDA FC

Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sabah dengan meledak dua gol pantas dalam tempoh lima minit menerusi jaringan Amri dan sepakan percuma jarak jauh daripada Park Tae Soo pada minit ke-51 dan 56.Hasrat Kedah untuk b4ngkit tidak kesampaian apabila Sabah berjaya meraih gol ketiga menerusi percubaan cantik Amri pada minit ke-61 selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid barisan pertahanan pelawat.

Bekas peny3rang kebangsaan itu membuktikan ketaj4mannya apabila meledak hatrik untuk menjaringkan gol keempat Sabah menerusi satu sepakan lambung menewaskan Ilham pada minit ke-71.

Sabah berpeluang memenangi perlawanan itu dengan jaringan lebih besar tetapi sepakan penalti bekas kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar berjaya ditepis keluar Ilham di pertengahan babak kedua.

Kemenangan itu membolehkan Sabah mer4mpas kedudukan kedua dengan kelebihan perbezaan jumlah gol ke atas Kedah yang j4tuh ke tangga ketiga selepas enam perlawanan Liga Super setakat ini.

Sabah selepas ini akan berehat seketika selepas aksi bertemu Selangor FC ditunda ke satu tarikh baharu, manakala Kedah yang dibimbing Aidil Sharin Sahak menanti kunjungan Melaka United pada 6 Mei. – KOSMO! ONLINE