sukan

Mora Berasa Resah – JDT

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak dapat memberi jaminan bahawa pasukan akan berada di tahap 100 peratus ketika berentap dengan Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam ini.

Menurut Mora, ini kerana tahap kecergasan pemain me­nunjukkan penurunan setelah bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari dan hanya mempunyai dua hari rehat sebelum bertemu juara Liga 1 Jepun itu buat kali kedua.

Bagaimanapun katanya, Harimau Selatan akan tetap memberi saingan s3ngit bagi memastikan kelab nombor satu Asia itu terus kempunan untuk mengutip tiga mata pada itu.

“Setelah melalui pertemuan sengit menentang Kawasaki Frontale sebelum ini, tahap kecergasan pemain menjadi persoa­lan, malah tempoh pemulihan selama dua hari juga tidak mencukupi.

“Lebih-lebih lagi apabila kami menurunkan pemain yang sama pada setiap perlawanan. Jadi, ada kemungkinan mereka tidak dapat beraksi di tahap terbaik, namun tetap bersemangat untuk diturunkan pada perlawanan itu.

“Saya menjangkakan Kawasaki Frontale akan cuba menebus kekec3waan setelah gagal me­ngutip tiga mata dan akan tampil dengan corak permainan yang lebih agr3sif, apapun kita sudah bersedia bagi menghalang mereka,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, penjaga gol, Farizal Marlias berharap bent3ng pertahanan ampuh JDT akan te­rus memperagakan aksi terbaik sekiranya ingin mengekalkan rekod tanpa kal4h dalam saingan peringkat kumpulan.

sumber: k0smo

“Kita perlu mengharungi 90 minit perlawanan yang s3ngit, saya berharap mom3ntum corak permainan yang mantap ketika aksi pertama dikekalkan, malah saya percaya rakan sepasukan sepakat untuk pamer aksi terbaik,” kata Farizal.