sukan

Luahan dan Reaksi Penjaga gol JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, mempertahankan tindakannya melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama walaupun membawa kepada lebvrnya rekod tanpa kalah kepada Kawasaki Frontale dalam saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Percaturan itu meng3jutkan ramai pihak, apatah lagi ia berlaku selepas Harimau Selatan mengutip satu mata berharga dengan mengikat juara liga Jepun berkenaan apabila seri tanpa jaringan dalam pusingan pertama, minggu lalu.

Namun, apa yang baru dipersembahkan seolah-olah memberitahu reputasi sebenar kelab di ranking pertama Asia itu dan pada masa sama, JDT hilang status pendahulu kumpulan selepas turun tanpa pemain utama seperti Bergson Da Silva, Natxo Insa dan Shahrul Saad.

Tiga jaringan yang terhasil dalam babak pertama mencerminkan betapa lengkapnya persediaan skuad kendalian Toru Oniki itu yang mengekspl0itasi kelemahan pertahanan tuan rumah khususnya di bahagian sayap.

“Saya cuba menurunkan barisan terbaik, cuba meletakkan pemain bagi mengisi kuota import.
Merenon seorang pemain berpengalaman dan pernah mengharungi banyak perlawanan dalam kancal ACL dan perlawanan antarabangsa.

“Pertahanan kami mengagumkan tapi mal4ngnya kami menghadapi masalah mengenai Mauricio, kami tidak begitu stabil akibat dibolosi awal.”Ia satu keputusan yang mahu dilupakan dan kami perlu bersiap untuk menghadapi perlawanan selepas ini,” kata Mora.

Ketua pasukan JDT merangkap penjaga gol, Farizal Marlias, yang kembali dipertaruhkan selepas mengalami kec3deraan kepala terpaksa akur dengan keampuhan lawan.

Ia menjadi satu penanda aras buat juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu untuk memperbaiki kepincangan selepas kali terakhir dikec3wakan dengan keputusan ketika berentap dengan satu lagi wakil Jepun, Vissel Kobe pada 2020.

Mereka sentiasa bergerak, memiliki teknik dan tahap keyakinan mereka sangat baik.”Bagi saya sebuah pasukan sangat-sangat baik. Apa yang ditunjukkan malam ini satu pengajaran buat kami.

“Kami perlu bekerja keras lagi untuk bersaing dengan mereka,” katanya.Jaringan Marcio Barbosa dan Chanathip Songkrasin di penghujung saingan menyaksikan JDT melalui kekal4han terbesar dalam kejohanan tertinggi Asia itu sejak penampilan pertama musim 2019.

Barisan kejurulatihan Kawasaki Frontale lega dengan kutipan empat mata daripada dua pertemua dengan JDT untuk di punca Kumpulan I dan dalam masa yang sama, arkitek kejayaan menumbangkan JDT — Chanatip teruja dapat akhirnya berentap dengan sahabatnya di luar padang, Safawi Rasid.

sumber:- SA

“Kami perlu menang hari ini, tumpuan pemain seiring untuk menang dan mencipta beberapa gol, ia satu keputusan yang baik.”Tapi kami perlu kembali fokus untuk perlawanan seterusnya,” kata Oniki.