sukan

‘Messi Terengganu’ Akhirnya kembali semula

Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Nasir dijangka bakal kembali menjalani latihan bersama pasukannya dalam masa terdekat selepas pvlih daripada masalah kesihatan yang dialaminya.

Bagaimanapun hasrat pemain yang digelar ‘Messi Terengganu’ itu membuat penampilan sulung bersama TFC musim ini mungkin mengambil masa lebih lama lagi.

Hal ini berikutan jadual perlawanan Liga Super dipinda bagi memberi laluan kepada persiapan skuad negara yang bakal beraksi dalam pentas Sukan SEA Mei depan.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, keadaan kesihatan pemain linc4h berusia 29 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil selepas dibenarkan keluar daripada Terengganu Specialist Hospital (KTS) minggu lalu.

Alhamdulillah Faiz sudah pvlih daripada masalah kesihatan dialaminya sebelum ini, namun pemain itu perlu menjalani satu lagi ujian k3sihatan.

Sekiranya tiada mas4lah dia akan menjalani latihan bersama rakan sepasukannya, namun untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif kita akan memantau kecergasannya terlebih dahulu.

“Namun besar harapan saya akan dapat menggunakan khidmat pemain itu kerana dia antara pemain utama yang berada dalam perancangan kami,” katanya.

Terdahulu misteri kehil4ngan pemain kelahiran Kelantan dalam tiga aksi pertama pasukan terjawab selepas dia disahkan mengalami masalah kesihatan termasuk kerap mvntah dan sak!t kepala.

Faiz antara watak penting dalam pasukannya kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 16 April lalu selepas mengadu tidak sihat badan dan kesukaran bernafas sebelum disyaki mengalami masalah jantung.

sumber:- HM

Namun hasil laporan perubatan dia tidak meng4Lami mas4lah berkaitan jantvng, kans3r ataupun keracvnan makanan, sebaliknya faktor keletihan, sakit kepala dan kesukaran bern@fas adalah punca dia dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.