sukan

Hadi Fayyadh jadi tarikan

Pencapaian Hadi Fayyadh Abdul Razak yang mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama beraksi secara rasmi dalam Liga Jepun (Liga J) bukan setakat menarik perhatian penyokong negara malah mendapat pujian jurulatih Azul Claro Numazu, Masataka Imai.

Hadi yang menyertai pasukan Liga J3 itu secara pinjaman diturunkan buat kali pertama apabila dimasukkan bagi menggantikan Ryo Watanabe pada minit ke-84 ketika menentang Vanraure Hachinohe, minggu lalu.

Hadi datang ke Jepun pada usia 18 tahun dan saya merasakan bahawa penampilan sulungnya ini adalah hasil kerja keras yang dilakukan olehnya selepas pelbagai cabaran termasuklah menjalani pembedahan akibat kec3deraan (ACL).

Kami gembira dengan penampilan pertamanya di Liga J. Walaupun berada dalam keadaan yang sukar sebelum ini tetapi Hadi sentiasa memahami tugasnya sebagai penyerang pasukan dan menunjukkan aksi yang terbaik pada sesi latihan.

“Saya juga mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat aksinya selepas penampilan pertama ini. Jadi dia perlu terus memberikan aksi yang terbaik dan saya yakin dia akan terus berjaya di sini,” kata Imai.

Kegembiraan sama turut dikongsikan oleh Yakult Malaysia yang sentiasa membantu perkembangan bintang muda itu di luar negara dengan Pengarah Urusannya, Hiroki Yanase menyatakan pihaknya akan terus memberi sokongan moral kepada Hadi.

Kami akan terus memberikan sokongan moral kepada Hadi ketika berada di Jepun. Kami yakin Hadi akan menjadi pemain yang berjaya dan menjadi motivasi kepada pemain-pemain muda di Malaysia yang inginkan kejayaan sepertinya.

sumber:- BH

“Kami juga akan meneruskan program pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penganjuran aktiviti bola sepak di peringkat sekolah tidak lama lagi,” katanya.