sukan

Harimau selatan cipta sejarah dan kenangan manis

Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan skuad Harimau Selatan lakar sejarah dan layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik selaku juara Kumpulan I.

JDT memastikan kemenangan pada aksi sengit itu menerusi jaringan sendiri pemain Ulsan Hyundai, Y Park pada masa kecederaan.

Terdahulu anak buah Benjamin Mora berjaya mendahului juara liga Korea Selatan itu pada minit ke-5 menerusi sentuhan Leandro Velazquez.

Namun lawannya itu tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 apabila Jun Amano berjaya melakukannya seminit selepas itu.

sumber:- BH

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan bagi kumpulan sama, juara Jepun, Kawasaki Frontale menewaskan Guangzhou FC, 1-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin, menerusi jaringan K Chinen pada minit ke-14.