sukan

Rahsia kunci kemenangan TFC

KUALA TERENGGANU: Ketenangan dan kesungguhan yang dipamerkan pemain adalah kunci utama kemenangan Terengganu FC (TFC) ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.

Selain itu jurulatih TFC, Nafuzi Zain menjelaskan keupayaan pemainnya menyerap tekanan dalam aksi berint3nsiti tinggi itu serta peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dipamerkan anak buahnya juga antara faktor skuadnya berjaya mara ke pusingan kedua.

“Tahniah buat pemain yang berjaya memperagakan aksi terbaik dan berusaha keras bermula minit pertama sehinggalah wisel penamat ditiupkan pengadil.Saya juga dapat saksikan mereka begitu tenang walaupun kerap di4sak terutama pada babak kedua permainan selain pemain berjaya menyerap tekanan.

“Bagaimanapun perasan berdeb4r saya tidak dapat dielak. Sebagai jurulatih setiap perlawanan ibarat telur dihujung t4nduk, maknanya nasib berg4ntung kepada keputusan perlawanan dan rezeki. Syukur kami menang malam ini (malam tadi) walaupun begitu suk4r,” katanya ketika ditemui selepas berakhir perlawanan malam tadi.

Pada aksi kalah mati itu, gol kemenangan skuad Penyu dijaringkan pemain sayap, Faisal Halim selepas kapten NSFC, Herold Goulon ‘menghadiahkan’ jaringan buat TFC manakala gol pelawat dijaringkan pemain import Filipina, Omid Nazari.

Ketika ditanya adakah tempoh rehat yang panjang buat pasukannya selepas penjadualan semula perlawanan bagi membolehkan skuad negara membuat persiapan r4pi dalam pentas Sukan SEA Mei depan bakal menjejaskan rentak pasukannya, Nafuzi enggan mengulas.

“Pada awal musim kita berg3ut selepas tiga bulan tanpa aksi komp3titif. Selepas dua perlawanan, m0m3ntum pasukan bertambah baik dengan mer4kam kemenangan ketiga berturut-turut.

“Tapi kini pasukan kami berehat lagi dua bulan bagi memberi laluan kepada persiapan skuad negara ke Sukan SEA. Jadi kita lihat prestasi pasukan selepas ini, sayapun tidak boleh membuat ramalan.

sumber:bh

“Tapi kita harapkan pasukan bertambah baik walaupun berehat panjang,” katanya yang turut menjelaskan empat lagi pemainnya iaitu Muhammad Hairiey Hakim Mamat, Syafik Ismail, Muhammad Azam Azmi Murad dan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim bakal melaporkan diri pada hari ini selepas Nik Akif Syahiran Nik Mat berbuat demikian sebelum itu.