sukan Syok Woo Baca

Disebalik Jersi Keramat JDT

Jersi JDT memang bukan jersi Malaysia namun kejayaan gemilang JDT semalam membuatkan Dunia kemabali mengangkat martabat bola sepak Malaysia.

Perlawanan Semalam dianggap paling mendebarkan, sentuhan terakhir pemain lawan menghadiahkan kemenangan cukup bermakna untuk JDT sekaligus mencipta sejarah baharu dalam saingan ALC.

Kemenangan JDT keatas Ulsan juga membawa ranking Malaysia berada di kedudkan ke 10 Asia dan keepmpat bagi Asia Timur. Secara tidak langsung membantu pasukan lain di Liga M untuk beraksi di ACL.Jika kedudukan ini bertahan, maka Malaysia akan mendapat slot 2+2 ke pringkat Asia musim depan.

Dalam pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim itu, keceriaan awal tuan rumah menerusi sepakan percuma Leandro Velaquez pada minit ke-5 hanya bertahan seminit apabila dipadamkan Jun Amano.

Malah, perancangan JDT di bahagian tengah terjejas apabila terpaksa menggantikan Natxo Insa dengan pemain muda berusia 22 tahun, Hong Wan.

Debaran sebenar perlawanan ialah menuju 10 minit terakhir apabia kedua-dua pasukan memiliki kesempatan terbaik untuk menggandakan jaringan

JDT menyangka mereka berjaya menembusi gawang lawan buat sekian kalinya menerusi Fernando Forestieri, malangnya kedudukan striker Argentina itu didapati ofsaid sambil Afiq Fazail sendiri berpeluang untuk menyudahkannya.

Namun, kegoyahan Ulsan lebih terpancar berikutan kegagalan penjaga gol kebangsaan Korea, Jo Hyeon-woo, gagal menumbuk keluar bola dengan kemas dan disusuli terpaan Afif Aiman sebelum menolak bola ke depan pintu gol yang tertampan oleh Yeon-woo.

Dalam masa sama, Kawasaki melakar kemenangan 1-0 ke atas Guangzhou Evergrande untuk meraih tempat kedua.