sukan Syok Woo Baca

Datuk Hamidin Mohd Amin percaya, JDT Setanding Dengan Kelab Terbaik Asia

KEJAYAAN Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 membuka satu lagi lembaran baharu dalam arena bola sepak Malaysia.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin percaya, kejayaan itu meletakkan JDT setanding dengan kelab-kelab terbaik dari benua Asia.

Tahniah JDT! Kejayaan ini bukan sahaja mampu menaikkan moral pemain negara untuk mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat tertinggi tetapi diharap menjadi contoh terbaik kepada bola sepak negara.Terbukti dengan kerja ker4s serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara seiring untuk bersaing dengan kelab dari kuasa besar bola sepak Asia,” katanya.

Beliau memberitahu, kejayaan manis itu juga mampu menaikkan lagi semangat skuad Harimau Selatan untuk melakar kejayaan pada pusingan kal4h m4ti nanti.Sememangnya ia kemenangan penuh dr4matik tetapi cukup bergaya, membuktikan pemain-pemain cukup berdaya saing,” katanya.

sumber:sh

JDT mara ke pusingan 16 terbaik selaku juara Kumpulan I selepas menew4skan Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.