Kuantan: Sri Pahang FC mahu menebus kekec3waan apabila berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Sabtu ini.Pengendalinya, Christophe Gamel berkata, kekalahan 1-3 kepada Selangor FC pada 29 April lalu, masih dirasai pasukan.
“Bagaimanapun, perasaan kec3wa itu perlu dilupakan untuk kami f0kus dan kembali bangkit berdepan KL City Sabtu ini.Biarpun peluang dilihat dimiliki tuan rumah, Sri Pahang akan mempamerkan prestasi terbaik dan mahu memberikan tekanan kepada KL City.Bagi saya, peluang kami di tempat lawan adalah 50-50 tetapi percaya dengan kemampuan semua pemain.
Selepas mereka meraikan hari raya Aidilfitri, saya harap minda semua pemain berada tahap terbaik untuk f0kus pada perlawanan keenam saingan liga,” kata jurulatih berasal dari Perancis itu.Selepas mengharungi lima perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan mengutip empat mata daripada lima perlawanan.
Dengan hanya satu kemenangan dan satu seri memerlukan Sri Pahang lebih padu jika mahu bersaing di kedudukan teratas.Ketumpulan di bahagian ser4ngan dilihat punca utama skuad itu gagal menyerlah untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan enam teratas.
Justeru, Gamel perlu menambah baik dan memperkasakan jent3ra ser4ngan Sri Pahang yang masih belum berada pada prestasi terbaik.
SUMBER: HMETRO
Penyerang import dari Jordan, Mahmoud Za’tara seharusnya membuktikan kehadiran bersama Tok Gajah akan membantu skuad itu meraih kejayaan.