sukan

Keputusan Tepat Tanpa Otai

PENGENDALI skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney dianggap membuat keputusan tepat apabila tidak menyenaraikan tiga pemain senior pada Sukan SEA Hanoi 2021.

Bekas pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, ketiadaan t0nggak senior akan membuka peluang kepada pemain muda memperoleh lebih banyak minit permainan sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bulan depan.Kalau saya berada di tempat Brad, saya juga akan buat keputusan yang sama iaitu untuk tidak menyenaraikan pemain senior ke Sukan SEA kali ini.“Ini kerana saya tidak melihat ia satu keperluan memandangkan selepas ini skuad yang sama juga akan bertanding pada Piala Asia di Uzbekistan nanti.

“Dengan ketiadaan pemain senior pada Sukan SEA kali ini, ia akan menjadi medan terbaik buat pemain muda menimba pengalaman bagi meningkatkan prestasi masing-masing.Kalau bukan Sukan SEA, mana lagi pemain muda kita ini nak dapatkan perlawanan komp3titif sebagai persediaan sebelum menghadapi Piala Asia B-23 dalam tempoh kurang sebulan lagi.

“Dengan empat perlawanan peringkat kumpulan dan jika layak ke separuh akhir dan akhir, mereka akan dapat lagi dua perlawanan berint3nsiti tinggi,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

sumber:sh

Sejak kem latihan pusat skuad B-23 negara bermula bulan lalu, ada sebahagian peminat bola sepak tanah air yang mempertikai keputusan Maloney tidak