Alor Setar: Penjaga gol Kedah Darul Aman FC Shahril Sa’ari bertekad mempamerkan aksi terbaiknya sekiranya diturunkan pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United FC di Stadium Darul Aman malam esok.
Penjaga g4wang berpengalaman berusia 32 tahun yang tidak beraksi pada perlawanan Kedah menentang Selangor dan Sabah FC sebelum ini yakin Kedah mampu bangkit untuk kembali mendapatkan mata penuh selepas tew4s kepada Sabah FC pada 24 April lalu.
“Sekiranya disenaraikan pada perlawanan ini, saya mahu pastikan pasukan tidak lagi kecicIran mata selepas tewas dengan jaringan besar pada dua perlawanan sebelum ini.Ini memberi tamparan buat kami dan kami wajib ambil pengajaran ini agar tidak berulang selepas mendapat teguran dari jurulatih yang tidak mahu kami tidak pat4h semangat untuk teruskan perjuangan dalam sambungan liga bulan ini.
Perlawanan menentang Melaka United ini, apa jadi sekalipun kami mahu memastikan dapat mengutip mata penuh di laman sendiri dan ini penting kerana hanya dengan kemenangan sahaja dapat mengembalikan semula semangat pasukan pada kedudukan yang terbaik,” katanya.
Shahril yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya pada bulan lalu juga berharap rezeki kelahiran anaknya yang dinantikan hampir lima tahun lalu dapat disusuli dengan kemenangan Kedah pada malam esok.
“Saya berhasrat mahu menumpang rezeki anak lelaki pada kali ini yang saya nantikan hampir lima tahun lalu dan Alhamdulillah, semangat saya kini berada pada tahap yang terbaik.Jadi semangat kali ini jika saya dipilih beraksi adalah turun dengan semangat anak sulung saya,” katanya.
Shahril juga berharap semangat Sang Kenari akan melonjak selepas cuti hari raya Aidilfitri ini kerana semua pemain dan penyokong sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan dengan Melaka ini walaupun kita masih dalam suasana menyambut Hari Raya.Lupakan cuti hari raya yang dah berlalu kerana ini masanya untuk kita beri tumpuan serta f0kus seratus peratus untuk pasukan.
sumber:hmetr0
“Kehadiran penyokong Kedah yang akan hadir memberi sokongan dan kata semangat pada malam esok akan menyem4rakkan semangat kami sepanjang perlawanan,” katanya.