sukan Syok Woo Baca

Aidil mohon maaf

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA FC), Aidil Sharin Sahak meluahkan kekec3waannya apabila skuad Sang Kenari ditimpa kekalahan berganda selepas dikec3wakan Melaka United 2-3 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Bagi pengendali yang memasuki tahun keempat bersama Kedah ini, walaupun dua kali Sang Kenari mendahului pihak lawan pada babak pertama, skuadnya dilihat leka sehingga membuka ruang pihak lawan melakukan asakan sehingga dibol0si pada minit akhir.

“Melepaskan kemenangan pada perlawanan ini adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya fikir kami menghadapi mas4lah kesil4pan individu dan kami belum belajar daripada kesil4pan lalu dengan membiarkan pihak lawan mendapatkan gol.Sepatutnya kami perlu menyekat lawan sebaik mendahului 2-1 namun kami pula hil4ng f0kus selepas Melaka menyamakan kedudukan.

“Kami patut salahkan diri sendiri di atas kesilapan ini dan inilah yang saya selalu katakan bola sepak adalah 90 minit perlawanan dan disebabkan kami tidak f0kus serta ambil mudah pada malam ini, kami dihvkum,” katanya.Aidil juga berkata beliau turut kesal dengan kekalahan ini kerana penyokong hadir dengan memberi semangat yang diperlukan untuk kembali mendapatkan tiga mata kemenangan.Saya mohon maaf kepada penyokong Kedah yang telah datang memberi sokongan setia mereka pada perlawanan ini.

“Keadaan perlu berubah dan sesuatu perlu dilakukan dengan segera oleh saya dan pengurusan pasukan agar masalah ini dapat diatasi dan tidak berulang lagi pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Melaka United Asri Niggal memuji semangat juang anak buahnya yang tidak berputus asa dan berjaya bangkit selepas ketinggalan dua kali.

“Saya perlu beri pujian kepada semua pemain kerana bermain secara ‘all out’ dalam keadaan baru lepas cuti Hari Raya, hujan dan Kedah mendahului, tidak mudah untuk bangkit semula.

SUMBER:BH

“Tetapi pemain buktikan mereka inginkan kemenangan sehingga wisel penamat dan ini menunjukkan tanpa kenal putus asa, kami berjaya capai kejayaan pada perlawanan ini,” katanya.