sukan

Punca kekalahan Thailand kepada Malaysia

“Thailand main 10 orang, bolehlah Malaysia menang!”

Itu antara komen sinis daripada penyokong tempatan di laman media sosial selepas menganggap skuad bawah 23 tahun (B-23) negara sekadar menang ‘nasib’ ke atas Thailand yang terpaksa bermain dengan 10 orang sejak minit ke-41 pada aksi pembukaan Kumpulan B Sukan SEA Hanoi malam tadi.

Namun, pengendali skuad B-23, Brad Maloney menegaskan kemenangan penting ke atas skuad ‘Gajah P3rang’ itu bukan berlandaskan kepada ‘tuah ‘ semata-mata namun kejayaan itu berjaya dicapai hasil usaha keras dan komitmen ditunjukkan oleh anak buahnya.

Kita menghormati Thailand tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak takut lawan mereka dan pemain bekerja keras hampir 98 minit untuk mengubah keputusan perlawanan.

Pemain lakukan apa yang patut mereka lakukan (di atas padang) dan ini (kemenangan) adalah ganjaran atas usaha keras mereka. Sukar buat pasukan yang kehilangan seorang pemain, jadi kami memanfaatkan peluang yang ada.

“Saya juga gembira dengan pertukaran yang dilakukan di mana pemain yang baru dimasukkan bekerja dengan keras. Kemasukan mereka membantu menambah baik aspek permainan dan hasilnya, kami mendapat keputusan yang positif,” kata Maloney.

Pada aksi di Stadium Thien Truong itu, jaringan minit akhir Azfar Fikri Azhar membolehkan Malaysia merakam kemenangan 2-1 ke atas pemenang 16 pingat emas Sukan SEA itu sekali gus membuka kempen kali ini dengan langkah kanan.

Kemenangan ke atas pasukan yang dilihat paling kuat dalam Kumpulan B itu pasti menjadi tonik terbaik buat anak buah Maloney bagi mengharungi tiga lagi aksi untuk memburu tiket ke separuh akhir.

Bagaimanapun, Maloney enggan terlalu ‘gelojoh’ apabila mengakui belum masanya lagi untuk melihat terlalu jauh dengan berfikir mengenai slot ke separuh akhir.

“Masih terlalu awal dan ada tiga lagi perlawanan di peringkat kumpulan. Kemenangan ini satu yang positif tetapi kita perlu kekal fokus untuk perlawanan seterusnya sebelum berfikir mengenai perkara lain,” kata Maloney.

sumber:- BH

Selepas ini, skuad negara akan turun berdepan Laos pada Rabu sebelum men3ntang seteru seberang tambak, Singapura (14 Mei) dan Kemboja menanti mereka bagi aksi penutup kumpulan pada 16 Mei.