sukan

Pencabar JDT Kini menjadi Lubuk Gol

Apa sudah jadi dengan salah satu penc4bar kejuaraan Liga Super musim ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC?

Cemerlang pada awal musim dengan tiga kemenangan berturut-turut, skuad Kenari kini menunjukkan persembahan ibarat pasukan di zon penyingkiran dengan tiga kekal4han dalam empat perlawanan terakhir.

Lebih membimbangkan, kekalahan yang dilakar anak buah Aidil Sharin Sahak itu menyaksikan mereka menjadi ‘lubuk gol’ bermula dengan keputusan 4-1 di tangan Selangor FC dan 4-0 dengan Sabah FC.

Kekalahan terbaru di laman sendiri kelmarin jelas memberi tamparan paling hebat buat Kedah yang g4gal meny3kat kebangkitan Melaka United selepas dikecewakan jaringan minit akhir Ifedayo Olusegun.

Dengan tiga lagi gol yang ‘dised3kahkan’ kepada skuad Kancil, Kedah kini muncul pasukan paling banyak ‘din0dai’ dengan 14 gol, terikat bersama pasukan di zon penyingkiran, Sarawak United.

Tiga kek4lahan daripada tujuh perlawanan – satu pencapaian yang tidak seharusnya dilakar oleh pasukan yang dic4nang sebagai antara yang mampu menc4bar JDT dalam perebutan saingan Liga Super.

Mereka terikat 12 mata dengan skuad Harimau Selatan namun JDT ada tiga perlawanan dalam tangan – bermakna Kedah berpotensi ketinggalan ‘bertiang-tiang’ jika JDT menang semua perlawanan dalam tangan.

Persembahan ‘lemau’ ini juga pasti mencetuskan persoalan utama khususnya mengenai kedudukan Aidil selaku pengendali dan sejauh mana pengurusan dapat bertahan dengan prestasi tidak menentu pasukan ketika ini?

Malah, menyusur komen penyokong setia Kedah di laman media sosial sudah menunjukkan ‘bunga-bunga’ betapa mereka tidak berpuas hati dengan ‘hidangan’ yang disajikan kepada mereka khususnya dalam empat perlawanan terakhir.

Jika Melaka hanya mampu menunggu selama empat perlawanan sebelum ‘berc3rai’ dengan Risto Vidakovic manakala Penang FC pula mengarahkan Tomas Trucha mengambil cuti rehat selepas enam perlawanan, pengurusan Kedah pula bagaimana?

Dengan kualiti persembahan yang jelas tidak memuaskan apatah lagi bersaing di Liga Super pun sudah ‘s3mput, jadi sejauh mana mereka mampu memberi saingan di Piala AFC bulan depan?

Apapun, penilaian secara adil perlu dilakukan dengan Aidil tidak seharusnya dipersalahkan 100 peratus atas kekalahan terbaru memandangkan ‘d0sa’ sepatutnya ditanggung oleh pemain yang beraksi.

Benar pemilihan pemain dan taktikal dicatur oleh pengendali dari Singapura itu namun dia tiada di atas padang untuk menyumbat gol mahupun menghalang Melaka daripada mer0bek gawang Kedah.

Malah, Aidil sendiri turut meluahkan kekec3waannya apabila anak buahnya dilihat leka sehingga membuka ruang pihak lawan melakukan asakan sehingga dib0Losi pada minit akhir meskipun dua kali berjaya memimpin perlawanan.

Melepaskan kemenangan pada perlawanan ini adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya fikir kami menghadapi masalah kesilapan individu dan kami belum belajar daripada kesil4pan lalu dengan membiarkan pihak lawan mendapatkan gol.

Sepatutnya kami perlu menyekat lawan sebaik mendahului 2-1 namun kami pula hilang fokus selepas Melaka menyamakan kedudukan.

sumber:- BH

“Kami patut salahkan diri sendiri di atas kesil4pan ini dan inilah yang saya selalu katakan bola sepak adalah 90 minit perlawanan dan disebabkan kami tidak fokus serta ambil mudah pada malam ini, kami dihukum,” katanya.