sukan

Usah pandang Enteng pasukan Itu

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) Brad Maloney melihat tiada perlawanan mudah buat pasukan negara dalam usaha melangkah ke pusingan seterusnya dalam acara bola sepak Sukan Sea Hanoi di Vietnam.

Walaupun berjaya men3waskan Thailand yang dianggap sebagai pasukan gergasi Asia Tenggara namun itu bukanlah tiket untuk beliau menarik nafas lega terlalu awal berikutan masih terdapat tiga perlawanan peringkat kumpulan harus diharungi mereka.

Maloney berkata, ketika ini dia tidak mahu barisan anak buahnya terlalu leka dengan kemenangan men3ntang Thailand kerana menyedari pasukan lain dalam kumpulan B turut mampu memberi k3jutan buat skuad negara.Terlalu awal untuk mengatakan Malaysia mampu melangkah ke pusingan seterusnya kerana kita mempunyai baki tiga perlawanan lagi.

“Jadinya, perkara utama saya katakan pada semua pemain adalah perlu fokus kerana kemenangan ke atas Thailand adalah permulaan untuk kita meraih keputusan positif,” katanya.Terdahulu, pasukan negara bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan gergasi Asia Tenggara apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand.

Terima kasih kepada dua striker muda negara, Ahmad Danial Asri dan Nur Azfar Fikri yang tidak henti-henti menekan kubu Thailand khususnya di babak kedua yang berlangsung Stadium Thien Truong itu.

Setidak-tidaknya kemenangan itu memberi permulaan yang baik untuk skuad negara yang kali terakhir memenangi pingat emas acara bola sepak pada 2011 di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Maloney berkata, berkaitan barisan pemain untuk perlawanan akan datang, beliau akan melihat keupayaan tonggak utama terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menurunkan pemain lain.

sumber:- HM

“Ada beberapa pemain mengalami kec3deraan dan saya mahu melihat prestasi dan status mereka dahulu sebelum memutuskan barisan pemain untuk perlawanan men3ntang Laos Rabu ini,” katanya.