sukan

JDT dalam burvan pasukan Ini

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berwaspada dengan ancaman berb@haya rangkaian j3ntera depan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-duanya kini dalam misi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi kelapan Liga Super, malam esok.

Pert3mbungan Negeri Sembilan dan JDT dijangka sengit apabila kedua-dua pasukan masih belum tewas menyaksikan anak buah K Devan ketika ini di tangga teratas liga selepas enam perlawanan manakala skuad Harimau Selatan di tangga kedua selepas empat aksi.

Syihan yang semakin menunjukkan peningkatan dalam setiap aksi mengakui tugas cukup berat untuk mengawal gawang bagi memastikan pasukan tidak bolos apatah lagi serangan JDT sentiasa memberi tekanan kepada lawan.

kita sedar JDT pasukan kuat dan ia akan menjadi perlawanan sengit malam esok sebab dua-dua sedang konsisten tanpa tewas. Tetapi dalam bola sepak, kita susah nak jangka sebab apa-apa sahaja boleh berlaku dan selagi perlawanan masih belum bermula, susah kita nak cakap siapa yang mungkin menang atau sebaliknya.

“Yang penting, kita akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik sambil berharap kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan”, katanya.

Syihan yang hanya bolos enam gol dalam enam perlawanan setakat ini tidak menolak kariernya kini di landasan tepat apabila menampilkan aksi tidak mengecewakan selepas diberi kepercayaan beraksi penuh dalam semua perlawanan.

Alhamdulillah dengan pencapaian sekarang dan ini semua hasil sokongan daripada rakan-rakan sepasukan juga. Setiap pemain tidak berputus asa dalam setiap perlawanan dan mereka juga sentiasa memberi semangat antara satu sama lain.

“Memang saya tidak nafikan banyak peningkatan dalam diri sejak bersama pasukan ini dan InsyaAllah saya akan terus berusaha untuk beraksi lebih cemerlang”, tambahnya.

sumber:- HM

Skuad kendalian Benjamin Mora akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman untuk memburu tiga mata berdepan Negeri Sembilan esok.