sukan

JDT INGINKAN SESUATU

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengambil sikap berw4spada apabila bertandang ke Paroi untuk berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada pert3mbungan dua pasukan tangga teratas Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam esok.

Walaupun skuad bimbingan Benjamin Mora tampak semakin m4ntap selepas berjaya mencipta sejarah bola sepak negara layak ke pusingan 16 pasukan saingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL), tidak bererti mereka harus mengambil sikap sambil lewa berdepan skuad kendalian K Devan.

Malah, Mora sendiri tetap menghormati keupayaan NSFC yang mel0njak ke tangga teratas liga selepas baru musim ini dinaikkan pangkat ke saingan liga elit d0mestik tetapi memperagakan aksi terbaik untuk berada di puncak liga.

Katanya, pemain JDT akan turun dengan semangat yang baharu selepas menempuh saingan ACL yang penuh ranjau berliku sehingga layak ke saingan kalah mat! buat pertama kali dan ia juga menjadi perangsang utama bagi memburu kemenangan.

Kami akan turun seperti biasa dan berusaha memburu kemenangan bagi mel0njak kembali ke tangga teratas tapi tetap berhati-hati dengan penampilan corak permainan pasukan lawan yang pasti akan turun habis-habisan memburu kemenangan di laman mereka sendiri.

“Status Natxo (Insa) belum pasti lagi sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya selepas mengalami keced3raan ketika men3ntang Ulsan Hyundai pada aksi terakhir Kumpulan I, baru-baru ini tapi kami ada pengganti yang mampu galas tugas di posisi tengah,” katanya.

Mora juga berharap kelibat Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri bakal menjadi pertaruhan terbaik skuad Harimau Selatan untuk mengg3mpur benteng pertahanan skuad Hobin Jang Hobin yang masih belum tew4s selepas mengharungi enam perlawanan liga.

sumber:- BH

Tambah pengendali kelahiran Mexico itu, beberapa pemain NSFC harus diawasi selain kelibat Herold Goulon yang sudah menjaringkan lima gol buat pasukan itu malah barisan serangan mereka juga mampu beri anc@man terhadap benteng JDT.