sukan

Amri Yahya Lain Dari yang Lain

Prestasi cemerlang pemain veteran, Mohd Amri Yahyah menjadi t4ruhan utama Sabah FC menjelang pertemuan men3ntang Kelantan United FC dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas di sini, malam esok.

Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata Mohd Amri dan pemain-pemain lain akan menggalas tugas penting selepas pemain import Neto Pessoa masih belum pulih sepenuhnya daripada kec3deraan dan kemungkinan besar tidak diturunkan.

Ketika ini kecergasan pemain Sabah FC berada pada tahap cemerlang serta fokus kepada perlawanan penting dengan memastikan dapat memperoleh keputusan baik malam esok.

“Kita anggap perlawanan malam esok adalah sangat penting meskipun semua maklum pasukan Kelantan United FC kini bermain dalam Liga Perdana namun Sabah FC tidak boleh mengambil mudah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee berkata apabila sebuah pasukan Liga Perdana menentang pasukan Liga Super seperti Sabah FC, pasukan itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempamerkan mutu persembahan terbaik sekali gus ingin membuktikan mereka juga boleh bersaing dengan kelab-kelab Liga Super di negara ini.

“Kita tidak mahu pemain Sabah FC mengambil mudah perlawanan malam esok. Mereka perlu menunjukkan kesungguhan lebih-lebih lagi apabila bermain di gelanggang serta di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Selain itu, Kim Swee berkata Sabah FC akan kehilangan khidmat pemain import s3nsasi, Saddil Ramdani kerana kini bersama-sama pasukan Indonesia dalam temasya Sukan SEA yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

sumber:- BH

“Namun begitu kesebelasan utama hanya akan kita ditentukan sebelum sepak mula malam esok. Jangan risau kita mempunyai banyak pilihan pemain, kita harus memikirkan beberapa faktor serta tujuan bermain bagi memastikan Sabah FC dapat melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.