sukan

Disebalik posisi Hadi Fayyadh

Strik3r muda s3nsasi negara Luqman Hakim Shamsuddin sudah meledak gol disusuli pula dengan beberapa pemain lain di posisi tengah turut menyumbang jaringan untuk memastikan Malaysia kini berada memperoleh enam mata dalam dua perlawanan di temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam.

Namun, kini timbul pula persoalan bila pula striker yang berkelana di Jepun Hadi Fayyadh untuk mel3dakkan jaringan apabila dua perlawanan selepas dua perlawanan dia masih lagi ketandusan gol buat skuad negara sekali gus mencetuskan tanda tanya daripada penyokong bola sepak tanah air.

Walaupun, dia dilihat gagal mencetak nama sebagai penjaring gol di temasya Sukan Sea kali ini namun bagi bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail melihat pemain berkenaan mempunyai fungsi sebagai ‘pengacau’ kepada pertahanan lawan sehingga mampu membuka ruang dan peluang kepada rakan sepasukan menjaringkan gol.

Jamal berkata, status sebagai penyerang kebangsaan bukanlah kewajipan kepada pemain terbabit untuk menjaringkan gol namun sudah cukup membantu pasukan menghasilkan gol untuk meraih kemenangan.

Bola sepak moden menyaksikan seorang penyerang bukan hanya menjaringkan gol semata-mata namun lebih kepada memporak-perandakan pertahanan lawan sekali gus ada ruang untuk jaringan dihasilkan.

Seperti Hadi, dia mempunyai ketinggian dan turut mampu melakukan r3mbatan dari jarak jauh, sudah tentu pertahanan lawan akan memberi tumpuan lebih kepadanya sekali gus membantu rakan lain untuk melakukan gerakan menjaringkan gol.

“Saya lihat dia banyak membantu pasukan terutama pada perlawanan men3ntang Laos cuma peluang terhidang gagal dimanfaatkan untuk menghasilkan lebih banyak gol,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, antara pemain lain yang sudah merekodkan nama sebagai penjaring gol adalah membabitkan pemain tengah Muhamad Syahir Bashah ketika bertemu laos, Mukhairi Ajmal serta Azfar Fikri Azhar pada perlawanan menentang Thailand baru-baru ini.

sumber:- HM

Kali terakhir Hadi menjaringkan gol untuk pasukan negara pada perlawanan Kejuaraan Piala AFF B-23 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, tiga tahun lalu.