Hantaran silang berkualiti serta ‘rantai’ gerakan strik3r Singapura daripada bermaharajalela dalam kawasan penalti antara fokus utama pertahanan skuad kebangsaan, Muhammad Safwan Mazlan apabila dua pasukan berjiran itu bakal bert3mbung pada aksi ketiga saingan Sukan SEA, di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam, petang esok.
Tambah pemain kelahiran Batu Rakit, Kuala Nerus berusia 20 tahun itu, komunikasi antara rakan seposisinya juga antara el3men yang bakal dititikberatkan dalam misi membvru kemenangan ketiga dalam temasya Sukan Sea edisi ke-31 itu.
Secara keseluruhan saya puas hati dengan corak permainan ketika berdepan dengan Laos tempoh hari selepas merakam kemenangan kedua, namun sejujurnya saya tidak begitu gembira dengan hantaran silang ke arah gol yang tidak begitu sempurna dan perlu diperbaiki lagi.
Selain itu komunikasi antara rakan seposisi juga perlu ditambah baik kerana ianya penting terutama ketika diasak lawan bagi memastikan pintu gol tidak dibocori kerana kami adalah benteng terakhir sebelum penjaga gawang.
“Jadi bagi memastikan kami tidak melakukan kesil4pan selain bijak bertahan dan mengatur gerakan ke arah kubu pasukan lawan, elemen berkenaan menjadi fokus kami sambil meletakkan harapan yang tinggi kepada barisan depan untuk memburu gol,” kata pemain berketinggian 1.80 meter ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApps.
Dalam aksi men3ntang Laos yang berpihak kepada pasukan negara hasil kemenangan 3-1 menerusi dua jaringan penyerang sensasi kelab Belgium, KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin manakala satu lagi jaringan melalui rembatan mengelirukan pemain tengah, Muhamad Syahir Bashah daripada luar kotak, bekas pemain skuad Projek FAM-MSN musim lalu itu beraksi dengan baik sepanjang 90 minit permainan.
Malah anak seorang nelayan yang boleh beraksi di posisi sayap kiri dan kanan yang mengambil tempat rakan senegeri, Hairiey Hakim Mamat yang cedera ketika berdepan Thailand dalam aksi pertama berjaya membalas kepercayaan jurulatih, Brad Maloney dengan kental bertahan selain ker4p membantu barisan depan dengan melakukan hantaran silang kepada striker.
Ketika ditanya apa pesanan Maloney sebelum turun men3ntang Singapura, Safwan yang baharu pertama kali menyarung jersi skuad kebangsaan menyatakan jurulatih kelahiran Australia itu mengingatkan pemain beraksi bagaikan pentas final.
Selain itu jurulatih turut mengingatkan kami beraksi lebih baik berbanding dua perlawanan terdahulu serta dapat memperbaiki kelem4han yang ada bagi memastikan misi membVru tiga mata berhasil.
sumber:- HM
“Kami menyahut cabaran Maloney kerana sas4ran pasukan adalah untuk menduduki tempat teratas Kumpulan B walaupun sedar kedudukan itu masih terbuka kepada lima pasukan dalam kumpulan,” katanya yang mahu hadiahkan pingat emas dalam penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.