sukan Syok Woo Baca

DETIK TERHARU BERSAMA TMJ DAN CHE PUAN BESAR

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni gadis orang kurang upaya (OKU), Bella yang dipercayai menjadi @angsa d3ra di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland), hari ini.

Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya.

Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.

Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.

Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.

“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.

sumber:- HM

Pasangan berkenaan turut mencemari duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.