sukan

Rezeki Malaysia ke slot seterusnya

HANOI – Rezeki ternyata memihak kepada Malaysia selepas kemenangan 5-0 Thailand terhadap Kemboja, sebentar tadi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh membantu skuad Bawah 23 (B-23) negara tempah slot ke separuh akhir pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021.

Keputusan itu sekali gus memperbaiki pencapaian skuad negara ketika di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia pulang awal selepas tersngkir di peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Brad Maloney kini mempunyai pilihan sama ada mara sebagai juara kumpulan atau naib juara menjelang aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini menentang Kemboja.Bagaimanapun, menjadi juara Kumpulan B bakal mengelak skuad negara melalui pertmbungan sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.

Juara Kumpulan A hampir pasti menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam yang dijangka tidak berdepan mas4lah untuk mengalahkan Timor Leste, esok.

Pasukan negara sepatutnya mampu mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal namun diikat 2-2 dengan Singapura pada aksi petang tadi sekali gus kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand di tangga kedua dengan enam mata. – KOSMO! ONLINE