sukan Syok Woo Baca

Diberi Amaran kepada pemain Malaysia

Walaupun awak (pemain) kaki kena simen ke, tengkuk bersimen ke, apa ke…pemain masih kena melaporkan diri dulu.”

Demikian amaran diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) buat semua 29 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan skuad negara, mulai Khamis ini.

Kata dua itu diingatkan Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar, yang mahu pemain melaporkan diri terlebih dahulu walaupun mungkin mengalami masalah kec3deraan atau isu peribadi.

Kepada semua pemain yang dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan ini saya mohon agar tuan-tuan hadir pada hari laporkan diri pada 19 haribulan (Khamis), walaupun tuan-tuan cedera ataupun ada masalah.

“Hadirkan diri dulu dan jurulatih akan buat penilaian,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media pengumuman senarai pemain skuad Harimau Malaya ke Kelayakan Piala Asia yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai 8-14 Jun ini.

Sebelum ini, pada kem latihan skuad kebangsaan Mac lalu, tonggak pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali mencetuskan kontr0versi apabila gagal melaporkan diri, sekali gus mengganggu perancangan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Malah, Pan-gon sendiri mengakui tidak mengetahui alasan sebenar Rizal yang menolak panggilan negara ketika itu yang memaksa beliau memanggil pemain lain dalam senarai menunggu.Begitupun isu berkenaan sudah diselesaikan dengan FAM memberi amaran keras kepada Rizal supaya tidak mengulangi perkara sama jika dia dipanggil lagi selepas ini.

Sementara itu, Saifuddin turut mengesahkan aksi persahabatan Tier 1 men3ntang Myanmar dibatalkan, namun slot itu diisi oleh pasukan Brunei manakala aksi dengan Hong Kong kekal.

Jelasnya, pasukan Myanmar terpaksa menarik diri saat akhir atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya tak boleh maklumkan apa alasan, tapi dia (Persekutuan Bolasepak Myanmar) hantar kepada kita mengenai masalah yang tidak dapat dielakkan.

Jadi dengan itu kita ambil pasukan yang terdekat, bermakna kita tawarkan kepada Brunei dan Brunei bersetuju untuk datang.

“Kita ada cuba juga beberapa pasukan lain tapi kekangan mereka sama macam kita, liga tengah jalan dan pasukan yang bila dia balik, dia kena kuarant!n dan mereka agak sukar untuk keluar dari negara mereka,” katanya.

sumber:- HM

Aksi persahabatan men3ntang Brunei dijadual pada 27 Mei ini sebelum sekali lagi turun bertemu Hong Kong pada 1 Jun, dengan kedua-dua aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.