sukan Syok Woo Baca

Jaringan Gol Baddrol mungkin tercantik dalam Liga M

Sabah FC mendaki tangga kedua Liga Super selepas membenam Penang FC, 4-2 di Stadium Bandaraya, malam ini.

Sang Badak bermula cemerlang apabila kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar meletakkan Sabah FC di hadapan hasil tandukan rendah selepas menerima umpan dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah dibantu gerakan cantik striker, Saddil Ramdani pada minit ke-22.

Sebelum itu, memasuki minit ke-15 perlawanan, sekurang-kurangnya empat percubaan ditujukan tepat ke arah gawang Sabah FC dengan dua daripadanya hampir membuahkan hasil melalui sepakan k3ncang pemain tengah, Muhamad Faizat Ghazali, namun nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah.

Sabah FC terus melancarkan s3rangan demi s3rangan dalam percubaan mencetak gol dengan Penang FC kelihatan bertungkus-lumus memperkemaskan benteng pertahanan sebelum striker veteran Sang Badak, Amri Yahyah dilayangkan kad kuning pada minit-38.

Babak kedua menyaksikan skuad Harimau Kumbang bangkit menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain tengah, T Saravanan pada minit ke-52.

Namun, bekas pemain pertahanan kelab terkemuka Brazil iaitu Sao Paulo, Jackson de Souza menjaringkan gol kedua Sang Badak pada minit ke-58 sebelum Baddrol sekali muncul sebagai hero pasukan dan mencetak gol ketiga Sabah FC pada minit ke-60 menerusi sepakan gunting menarik.

Pemain import kelahiran England, Stuart John menambah derita skuad Harimau Kumbang selepas menjaringkan gol keempat Sabah FC pada minit ke-66.

sumber:- HM

Penang FC terus mengasak sebelum striker import dari Lubnan, Hilal El-Helwe menghadiahkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-76 dan kedudukan 4-2 kekal sehingga wisel penamat.