sukan Syok Woo Baca

Sri Pahang buktikan luar jangkaan bertemu JDT

Bergson Da Silva menjadi peny3lamat m4ruah Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas jaringan sepakan penalti memastikan pasukan itu bangkit mengikat Sri Pahang 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Dengan keputusan seri itu, JDT menjarakkan pungutan mata selepas mengumpul 16 mata dengan diikuti rapat Sabah FC dan Negeri Sembilan FC yang ketinggalan satu mata.

Pada satu-satunya aksi liga sebelum saingan itu berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di mana Malaysia menjadi tuan rumah bagi Kumpulan E yang bermula awal bulan depan, barisan pemain JDT tampak menguasai permainan sebaik perlawanan bermula.

Malah seawal minit ketiga, tuan rumah bertindak melakukan percubaan berb@haya menerusi sepakan deras Nazmi Faiz Mansor dari jarak 25 meter hampir memerangkap penjaga gol, Mamadou Samassa yang smpat menepis bola keluar.

Menerusi gerakan yang dimulakan Fernando Forestieri pada minit ke-17 yang pantas mengumpan bola kepada Bergson bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti walaupun diapit dua pertahanan lawan namun dia sempat mer3mbat bola kncang tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Samassa.Berpunca daripada kesilapan Afiq Fazail pada minit ke-37 yang tersalah mengumpan bola menyaksikan Mahmoud Saleem Za’tara bertindak solo mengg3mpur b3nteng tuan rumah sebelum pantas mengvmpan bola kepada pemain gantian, Mohd Saiful Jamaluddin yang mer3mbat leret menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias untuk menyamakan jaringan 1-1.

Ketika aski berbaki empat minit sebelum babak pertama berakhir, tindakan Shahrul Saad yang mengasari Mahmoud Saleem di dalam k0tak penalti membawa padah apabila pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Manuel Hildalgo yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Farizal untuk meletak pelawat mendahului 2-1.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Benjamin Mora yang ketinggalan menggandakan as4kan bagi memburu gol penyamaan namun sepakan lencong Forestieri pada minit ke-62 sekadar sipi dari gawang gol selepas menerima bola umpanan pemain gantian, Moussa Sidibe.

sumber:- BH

Tind4kan pemain Sri Pahang FC yang menjatuhkan Bergson di dalam kotak penalti pada minit ke-86 membawa pad4h selepas Ahmad Zuhaidi menghadiahkan sepakan penalti dan pemain import dari Brazil menyudahkan sepakan untuk bangkit menyamakan jaringan 2-2 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.