sukan Syok Woo Baca

Ini Punca Kekalahan Malaysia

Gol masa tambahan daripada Nguyen Thien Linh menyekat hajat skuad B-23 negara untuk ke final acara bola sepak Sukan SEA Vietnam selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, Phu Tho sebentar tadi.

Tanpa menggunakan kelonggaran tiga slot pemain lebih usia, skuad muda negara mempamerkan permainan disiplin sejak dari awal permainan dan kerap mengancam kubu lawan dengan serangan balas pantas dan sepakan penjuru.

Vietnam, yang turut diperkuatkan dengan striker berusia 25 tahun, Thien Linh, kelihatan seperti mat! akal untuk menggugat pertahanan Malaysia dan hanya dapat melakukan satu percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.

Malaysia mendapat empat sepakan penjuru sepanjang babak pertama dan satu daripadanya hampir membutirkan jaringan tetapi sepakan jarak jauh Nik Akif Syahiran Nik Mat diselamatkan penjaga gol lawan.

Dengan aksi bertahan lebih ekstrem dalam separuh masa kedua, kepenatan mula membelenggu pemain-pemain negara sehingga ada di antara mereka mula mengalami kek3jangan otot, antaranya striker utama, Luqman Hakim Shamsudin.

Pun begitu, disiplin bertahan yang dipamerkan barisan bimbingan Brad Maloney itu masih di tahap tertinggi dan menyukarkan gerakan s3rangan tuan rumah.

Dengan keputusan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit, perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan untuk menentukan pemenang.

Satu kesilapan daripada Quentin Cheng — biarpun dia beraksi cemerlang sepanjang perlawanan — memberikan ruang untuk Vietnam memperoleh gol kemenangan, di mana Tien Linh menanduk masuk bola sepakan percuma ketua pasukannya, Do Hung Dung, untuk menewaskan Azri Ghani.

Malaysia kemudian meningkatkan asakan dalam memburu gol penyamaan tetapi hantaran terakhir kerap-kali mengecewakan.

sumber:- SA

Dengan kekalahan itu, skuad negara seterusnya akan berdepan Indonesia bagi perlawanan penentuan pingat gangsa pada hujung minggu ini manakala Vietnam pula akan menghadapi Thailand dalam aksi final di Stadium Nasional My Dinh pada hari yang sama.