sukan

Kehadiran semula Syafiq Ahmad

Kuala Lumpur: Adakah penangan kenyataan ‘tok0ng’ dikeluarkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi punca peny3rang skuad Harimau Malaya, Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu h4ngat diperkatakan di media sosial ketika ini selepas JDT menerusi Facebooknya Johor Southern Tigers mengumumkan pemain terbabit akan kembali menyarung jersi skuad Harimau Selatan bulan depan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, JDT membuat keputusan memanggil semula Syafiq daripada pinjamannya di Kedah Darul Aman (KDA) FC.Dia akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Namun, lebih menarik lagi adalah komen ‘hahaha’ yang dibalas oleh pemilik JDT Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah mahu memberi pering4tan bahawa kerana mulut badan bin4sa.

Mengikut rekod, selepas empat tahun bersama JDT, pemain berusia 26 tahun itu dipinjamkan kepada KDA FC bermula Disember tahun lalu.Usaha membawa pulang Syafiq ke pangkuan KDA FC adalah mustahil tanpa Tunku Ismail.

Setakat ini, peny3rang berbis4 ini merekodkan dua jaringan dan tiga bantuan gol ketika bersama KDA FC.Baru-baru ini, Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan berkaitan bola sepak adalah sukan untuk semua dan bukannya individu, sehingga menyebabkan ada yang perlu meny3mbah ‘tok0ng’.

sumber:hmetro

Dakwaannya bahawa kewujudan ‘tok0ng’ akan menjejaskan mana-mana pasukan untuk bermain secara adil semasa permainan.

‘Pep3rangan’ antara dua pucuk pimpinan kelab gergasi bola sepak Malaysia ini sebenarnya mengh4ngatkan lagi pertemuan mereka yang akan berlangsung 19 Jun depan.