Semasa sukan

Kim Pan-gon memanggil dua muka baharu

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil dua muka baharu bagi diserapkan dalam kem latihan pusat pasukan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur bulan depan.

Pengendali import dari Korea Selatan itu mengesahkan pemain kelab Petaling Jaya City (PJ City), V. Ruventhiran dan pertahanan Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni telah dipanggil untuk bersama dalam senarai utama bagi menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula hari ini.

Pan-gon berkata, Ruventhiran dipanggil bagi menggantikan tempat pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), Khair Jefri Jones yang terpaksa digVgurkan selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi bersama kelabnya pada saingan Liga Super lalu.Saya memanggil Shahrul Nizam sebab mahu melengkapkan senarai pemain yang dipanggil kali ini daripada 29 kepada 30 pemain.

“Malah, saya juga boleh melihat keupayaan Shahrul dan Ruventhiran berpotensi untuk diserap dalam senarai akhir 23 pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Asia Jun ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Shahrul Nizam telah dipanggil buat pertama kali Oktober lalu tetapi terlepas menyertai skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan menentang menentang Jordan dan Uzbekistan kerana mas4lah k0munikasi dengan pasukan yang ketika itu dibimbing oleh Tan Cheng Hoe.

Sementara itu, Ruventhiran yang baru berusia 21 tahun pula mendapat panggilan pertama untuk bersama skuad kebangsaan kali ini. – KOSMO ONLINE