sukan Syok Woo Baca

Pan-gon sah gugurkan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu ‘membuang masa’ terhadap anak buahnya yang mengalami kec3deraan apabila terus menggantikannya dengan pemain lain untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan hari ini.

Pan-gon berkata, beliau memanggil tonggak PJ City, V Ruventhiran dan pemain Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni untuk diuji dalam usaha memilih barisan terbaik Harimau Malaya.

Katanya, Ruventhiran dipanggil bagi menggantikan tempat pemain Negeri Sembilan, Khair Jefri Jones yang terpaksa digvgurkan selepas disahkan mengalami kec3deraan buku lali ketika beraksi bersama kelabnya pada saingan Liga Super lalu.

“Saya memanggil Shahrul Nizam sebab mahu melengkapkan senarai pemain yang dipanggil kali ini daripada 29 kepada 30 pemain. Selain itu, saya juga boleh melihat keupayaan dua pemain berkenaan untuk diserap dalam senarai akhir untuk perlawanan kelayakan Piala Asia Jun ini,” katanya, ketika ditemui pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

sumber:- HM

Sebelum ini , Shahrul Nizam terlepas menyertai skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan men3ntang Jordan dan Uzbekistan Oktober tahun lalu. Hal ini kerana,Shahrul Nizam ketika itu gagal dihubungi kerana turun ke laut sekali gus menyaksikan dia digugurkan dari skuad Harimau Malaya yang ketika itu dipimpin Tan Cheng Hoe.