sukan Syok Woo Baca

FAKTOR TFC II MAMPU TANDINGI JDT II

TERENGGANU FC ll (TFC ll) mengutip tiga mata selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim ll (JDT ll) pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Babak pertama menyaksikan The Turtles terlebih dahulu beroleh peluang menerusi percubaan awang import, Jordan Mintah, pada minit ke-15, namun r3mbatan dari dalam petak penalti ditepis penjaga gol Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Harimau Selatan bagaimanapun mengejutkan TFC II apabila pemain tengah Bienvenido Marion mel3dak gol pertama pada minit ke-43 untuk mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, TFC ll yang ketinggalan mengatur s3rangan balas dan berhasil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62 menerusi Zuasyraf Zulkieflie.

Pada minit ke-84, TFC II sekali lagi mengg3gar gawang lawan menerusi pemain gantian Wan Mohd Fazli Wan Ghazali yang merembat masuk bola hasil hantaran leret Muhammad Muslihuddin Atiq Mad Zaid sekali gus menyaksikan TFC II mendahului JDT ll 2-1.

sumber:- SH

Sementara itu di Shah Alam, Kelantan United berkongsi satu mata dengan Kuching City selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 tanpa jaringan hingga akhir perlawanan di Stadium UiTM.- Bernama