sukan Syok Woo Baca

Luahan Kim Pan Gon

Usah bersedih anakku Harimau Muda!’

Kekalahan skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara di tangan Vietnam pada separuh akhir Sukan SEA sememangnya memeritkan, namun pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengharapkan pemain muda negara dapat bangkit dan belajar daripada kesilapan.

Malah, sekalipun misi merangkul ibu segala pingat lebur di Hanoi namun pengendali dari Korea Selatan itu melihat pemain skuad B-23 sememamgnya berpotensi dan tidak mustahil mereka mampu menjadi tonggak buat skuad senior pada masa akan datang.

Mereka memberikan usaha yang keras dan sangat kompetitif sebelum dikecewakan dengan satu kesilapan pada minit akhir. Saya harap mereka akan terus berkembang dan pengalaman seperti ini akan menjadikan mereka lebih kuat.

Semua orang melakukan kesilapan, jadi kita perlu membantu mereka untuk belajar daripada kesilapan ini dan dengan ini, mereka boleh pergi lebih jauh.

“Saya bangga dengan persembahan mereka kerana tidak mudah untuk beraksi dalam masa yang singkat di mana ia menguji kekuatan mental dan fizikal, jadi saya fikir mereka sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, jaringan tunggal pemain berusia 24 tahun, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111 sudah cukup untuk menghantar skuad bimbingan Park Hang Seo itu mara ke final bertemu pemenang 16 pingat Sukan SEA, Thailand.

Kejayaan mara ke separuh akhir temasya itu boleh dianggap membanggakan apatah lagi selepas mengambil kira skuad Brad Maloney itu tidak menggunakan khidmat tiga pemain lebih usia seperti pencabar lain.

Dalam masa sama, Pan Gon turut mengikuti rapat perkembangan pemain skuad B-23 namun dia akan ‘membantu’ Maloney yang akan berdepan Piala Asia B-23 dengan tidak memanggil pemain daripada skuad itu.

Saya boleh dapatkan lebih banyak maklumat mengenai pemain muda kerana saya melihat potensi yang ada pada mereka. Mungkin saya akan menunggu mereka lebih berkembang sebelum mereka mencabar skuad kebangsaan.

sumber: BH

“Tetapi mereka ada kejohanan yang lebih penting di Uzbekistan dan kami memberi sokongan penuh kepada mereka untuk memberi tumpuan bagi pertandingan itu,” katanya.