sukan Syok Woo Baca

Pemain Malaysia Membuat Pan-Gon terkejut

Siapa kata pemain Malaysia ‘low class’. Hal ini kerana pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon agak terkejut sepanjang tempoh tiga bulan merisik pemain bola sepak Malaysia mendapati kebanyakannya mempunyai kualiti yang bagus ketika beraksi bersama kelab masing-masing.

Malah, perkara berkenaan bukanlah dilakukan berdasarkan mendengar ‘cakap orang’ namun lebih kepada inisiatif beliau sendiri turun padang menyaksikan perlawanan membabitkan aksi pasukan Liga Malaysia dalam usaha membariskan pemain terbaik untuk diserap dalam skuad Harimau Malaya.

Pan-gon berkata, kualiti pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya adalah yang terbaik sekali gus teruja untuk membantu skuad kebangsaan pergi lebih jauh pada masa akan datang.

Kualiti pemain jauh lebih baik daripada yang saya jangkakan. Saya gembira dengan suasana ini apatah lagi saya mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pemain memberikan komitmen penuh jadi semuanya dalam keadaan yang baik. Satu satunya perkara yang boleh saya lakukan adalah berikan yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka berikan kepada saya.

Saya akan cuba lakukan yang terbaik, saya tidak boleh berikan kemenangan dalam setiap perlawanan yang kita harungi tetapi sekurang kurangnya saya berikan 100 peratus komitmen, fokus dan berjuang untuk anda.

“Itu yang boleh saya katakan dan saya begitu menghargai sokongan yang diberikan. Jadi saya akan terus lakukan kerja saya bersama skuad kebangsaan,” katanya pada sesi latihan di Wisma FAM, kelmarin.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun.

Dua aksi persahabatan itu sebagai persiapan skuad kebangsaan sebelum berdepan tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dalam perkembangan sama, Pan Gon berkata, beliau tidak akan mengganggu pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara kerana mereka turut bakal mengharungi perlawanan penting kelak.

sumber:- HM

“Kami menyokong skuad B-23 untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan berikutnya tapi saya sangat gembira melihat potensi pemain muda negara dan akan menunggu masa sesuai apabila mereka diserapkan ke skuad senior kebangsaan,” katanya.