sukan Syok Woo Baca

Tidak Memberi Imp4k sekali pun

Alor Setar: Pasukan Kedah tidak terkesan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana masih mempunyai pemain lain yang berkualiti dalam Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia juga yakin negeri ini mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti pada masa hadapan.Sekarang kita tengah buat Liga Menteri Besar di seluruh Kedah dan beratus-ratus pemain akan dilahirkan menerusi liga ini, jadi saya sedikit pun tidak risau tentang pemain. Kalau tengok, ramai anak Kedah yang dicvngkil, dilatih di Kedah lepas itu dieksport ke negeri lain.

“Saya tidak t4kut dengan ketiadaan dia (Syafiq) kerana kita ini macam ada kilang yang melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti. Pasukan Selatan sendiri ambil dua, tiga orang pemain Kedah jadi apa nak hairan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa tindakannya mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ‘tok0ng’ menyebabkan JDT memanggil Syafiq untuk kembali menyertai pasukan Harimau Selatan.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata KDA FC akan mencari pemain yang lebih baik dan berkualiti pada musim perpindahan ini bagi memastikan pasukan itu dapat bersaing dalam perlawanan akan datang dengan lebih mantap.

“Ada yang suruh beli Syafiq terus tetapi tidak perlu kerana banyak lagi pemain yang kita ada. Hujung bulan nanti akan ada musim perpindahan, jadi akan ada proses g4nti pemain dan kita akan cari yang bagus-bagus.Lagi satu, kenapa hendak salahkan saya Syafiq dipanggil semula ke JDT. Dalam perjanjian pinjaman, pasukan asal memang boleh ambil semula pemain pinjaman pada bila-bila masa dan tiada siapa yang boleh hal4ng,” katanya.

Tambahnya, mengenai isv ‘tok0ng’ yang dinyatakannya sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata dia sama sekali tidak menyebut nama mana-mana pihak dan berasa h4iran mengapa ada pihak yang terasa.

sumber: hmetro

Sebelum ini, pasukan JDT dalam satu kenyataan di media sosial miliknya memaklumkan bahawa peny3rang kebangsaan itu akan kembali ke kelab asalnya sejurus berakhir rehat antarabangsa bulan depan.