sukan Syok Woo Baca

Kim Pan Gon Boleh Lakukan M4gic ke Atas Skuad Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya perlu menjadi seperti ‘sesumpah’ dengan menyesuaikan diri menerusi pelbagai taktikal dan formasi yang berbeza di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan Gon.

Pan Gon menjelaskan itu pendekatan yang akan diambil untuk skuad kebangsaan bagi memastikan mereka tidak mudah ‘diselidik’ oleh pasukan lawan selepas ini.

Sasaran saya adalah dengan beberapa formasi yang berbeza kerana saya tidak mahu kekal menggunakan satu formasi sahaja yang mana ini memudahkan kita untuk dianalisis.

Kita perlu fleksibel dengan pelbagai formasi dan cepat menyesuaikan diri dan membiasakan diri dengannya. Kita cuba bangunkan formasi yang lain.

“Kita ada s3njata tetapi kita tidak boleh beritahu perancangan ini. Kita merancang lebih banyak formasi supaya kita boleh pilih bergantung pada gaya permainan dan tahap pasukan lawan,” katanya.

Dalam masa sama, Pan Gon juga menyatakan barisan kejurulatihan akan bekerja dengan dua tempo memandangkan ada beberapa muka baharu yang menyertai kem latihan pusat kali ini.

Kita akan teruskan rutin seperti yang dilakukan pada kem latihan sebelum tetapi kita juga akan turut membantu pemain baharu untuk memahami model permainan yang sudah kita terapkan.

Sebahagian lagi, kita mahu terus ke depan dengan cepat dan melakukan taktikal yang berbeza tetapi yang penting addalah persiapan untuk mengharungi tiga perlawanan kelayakan itu nanti.

“Objektifnya perlu jelas cuma saya mengharapkan pemain tidak begitu tertekan tetapi terus menikmati sesi latihan dalam cara yang profesional,” katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun.

sumber:- BH

Dua aksi persahabatan itu bagi ‘memanaskan enjin’ skuad kebangsaan sebelum berdepan tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.