sukan Syok Woo Baca

Masih padu di mata Pan Gon

Penolong jurulatih Melaka United (MU) Nazrulerwan Makmor menyokong pemilihan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang disenaraikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan- gon bagi persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan Kelayakan Piala Asia 2023.

Baginya, sentuhan pemain terbabit masih berbisa di peringkat antarabangsa menerusi pengalamannya selain komitmen bersama Melaka United (MU) di pentas Liga Super dan Piala FA musim ini.

Katanya, skuad negara diakui masih ketandusan striker tempatan untuk diberi tugasan dalam aksi kelayakan berkenaan dengan Mat Yo mampu menggalas tugasan dan menjadi tunjang buat skuad negara.

Menurutnya, Mat Yo juga dilihat memiliki semangat dan kesungguhan tinggi setiap kali diturunkan bersama pasukan Hang Tuah sekali gus boleh menjadi taruhan buat Harimau Malaya.

Malah ketandusan striker tempatan di pentas Liga Malaysia menjadi antara faktor pemilihan Mat Yo yang juga diyakini mampu menyerap taktikal diterjemahkan Pan Gon kelak. Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan pemain amat penting dalam mengembalikan prestasi pasukan negara pada tahap cemerlang menerusi senarai pemain yang menjadi pilihan Pan Gon.

Sebagai bekas pemain kebangsaan saya juga mengharapkan pasukan negara layak ke Piala Asia dengan memastikan fokus persiapan menghadapi kelayakan menjadi lebih mantap dengan pemilihan pemain yang tepat.

“Gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda yang memiliki semangat juang tinggi amat diperlukan untuk mengharungi saingan kompetitif,” katanya.

Selain Mat Yo antara nama disenaraikan termasuk striker naturalisasi, Guilherme de Paula selain Matthew Davies, Afiq Fazail, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Junior Eldstal, Syahmi Safari dan Darren Lok.

sumber:- HM

Secara keseluruhan, pengendali dari Korea Selatan itu memanggil 29 pemain dengan Pan-gon mengekalkan 20 daripada 25 pemain yang dibawa ke Singapura bagi aksi Tiga Negara yang berlangsung, Mac lalu.