sukan Syok Woo Baca

NAK KAN BUKTI APA LAGI

Tiada apa yang perlu saya buktikan’, itu kata-kata pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies, apabila ditanya mengenai bagaimana dia ingin memastikan slot dalam skuad Harimau Malaya.

Davies juga berkongsikan bahawa dia telah menjalani ujian MRI dan bebas kec3deraan serta bersedia untuk kembali beraksi sepenuhnya.

“Saya telah bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk diturunkan untuk perlawanan akan datang,” katanya.

“Saya berasakan tiada apa yang perlu saya buktikan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, siapa yang melakukan yang terbaik dalam sesi latihan, dia akan terpilih.”

Keputusan jurulatih negara, Kim Pan-gon memanggil Matt Davies sekaligus mewujudkan semula persaingan sengit pada posisi pertahanan kanan pasukan.

Apatah lagi dengan kewujudan pemain seperti Dion Cools dan Junior Eldstal yang menyatakan ingin beraksi pada posisi pertahanan.

sumber:- SA

Bagaimanapun, Davies tidak gentar dengan perkara tersebut dan menyatakan setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing dan bergantung kepada pemilihan jurulatih.